Polisi Alam Sekitar Negara

Posted by ibnu Yusof Monday, August 11, 2008

Polisi ini mengintegrasikan tiga elemen pembangunan mampan, iaitu ekonomi, pembangunan sosial dan budaya dan pemuliharaan alam sekitar, yang telah dibentuk dan disahkan pada tahun 2002. Terdapat 8 prinsip untuk mengaharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan alam sekitar yang perlu diberi perhatian :

1. Pengawasan Alam Sekitar, iaitu bersikap menghormati dan berprihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.

2. Pemuliharaan Ketahanan dan Kepelbagaian Alam - memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup.

3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar - memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia.

4. Penggunaan Lestari Sumber-Sumber Asli - menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.

5. Membuat Keputusan Bersepadu - mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.

6. Peranan Sektor Swasta - Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.

7. Komitmen dan Kebertanggungjawaban - memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan Kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksana aktiviti masing-masing.

8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa - Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.

read more “Polisi Alam Sekitar Negara”
| edit post


Terdapat 8 prinsip di dalam polisi alam sekitar negara yang telah dibentuk pada tahun 2002. Salah satunya ialah, pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam. Prinsip ini boleh dikaitkan dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) iaitu, setiap aktiviti pembangunan memerlukan penyediaan laporan EIA mengenai kesan kepada Alam Sekeliling akibat cadangan aktiviti yang akan dijalankan. Hakikatnya, pembangunan yang dilakukan di Malaysia mengenepikan polisi dan akta ini. Kebanyakan pembangunan yang dilakukan adalah bermotifkan ekonomi dan keuntungan bahkan juga kerana memenuhi tuntutan politik semasa tanpa mengambilkira penilaian awal aktiviti pembangunan terhadap elemen pemuliharaan alam sekitar contohnya sepert EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar).


Antara lain masalah untuk pelaksanaan alam sekitar yang mampan di Malaysia adalah masalah birokrasi. Terdapat pelbagai agensi yang terlibat di dalam menyelesaikan sesuatu masalah berkenaan alam sekitar sehinggakan pelaksanaan untuk memulihkan keadaan daripada masalah yang berlaku menjadi sukar. Sebagai contoh dalam menyelesaikan isu pengurusan sumber air. Menurut Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli serta profesor kejuruteraan alam sekitar, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Zaini Ujang, di dalam isu pengurusan air di bawahnya terdapat pelbagai agensi yang terlibat termasuk kerajaan negeri. Sebagai contoh, kualiti air sungai di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kualiti air minuman di bawah Kementerian Kesihatan, kualiti dari segi penebatan banjir dan pengairan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Keadaan ini menyukarkan pengurusan secara efektif. Beliau berpendapat, pentingnya pengurusan pengurusan lembangan sungai diintegrasikan bagi menguruskan sumber air negara ini dengan lebih berkesan.


Selain itu, pengetahuan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar hanyalah berkisar di kalangan golongan yang terlibat dengan alam sekitar sahaja seperti, pensyarah, pelajar alam sekitar, jabatan atau agensi tertentu sahaja dan lain-lain. Manakala di kalangan masyarakat umum pengetahuan mereka terlalu rendah. Untuk mencapai kemampanan alam sekitar, pendidikan alam sekitar perlu diterapkan lebih awal ke dalam masyarakat. Ini membuka peluang pembentukan masyarakat ( terutamanya pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

read more “Masalah Pelaksanaan Kemampanan Alam Sekitar Di Malaysia”
| edit post
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda FazaniDistributed by CahayaBiru.com

About Me

My Photo
ibnu Yusof
Mohd Yusri Hafiz Yusof Master Sains Islam dan Alam Sekitar Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
View my complete profile

Twitter