Polisi ini mengintegrasikan tiga elemen pembangunan mampan, iaitu ekonomi, pembangunan sosial dan budaya dan pemuliharaan alam sekitar, yang telah dibentuk dan disahkan pada tahun 2002. Terdapat 8 prinsip untuk mengaharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan alam sekitar yang perlu diberi perhatian :1. Pengawasan Alam Sekitar, iaitu bersikap menghormati dan berprihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.
2. Pemuliharaan Ketahanan dan Kepelbagaian Alam - memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup.
3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar - memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia.
4. Penggunaan Lestari Sumber-Sumber Asli - menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.
5. Membuat Keputusan Bersepadu - mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.
6. Peranan Sektor Swasta - Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.
7. Komitmen dan Kebertanggungjawaban - memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan Kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksana aktiviti masing-masing.
8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa - Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.

0 comments