Polisi Alam Sekitar Negara

Posted by ibnu Yusof Monday, August 11, 2008

Polisi ini mengintegrasikan tiga elemen pembangunan mampan, iaitu ekonomi, pembangunan sosial dan budaya dan pemuliharaan alam sekitar, yang telah dibentuk dan disahkan pada tahun 2002. Terdapat 8 prinsip untuk mengaharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan alam sekitar yang perlu diberi perhatian :

1. Pengawasan Alam Sekitar, iaitu bersikap menghormati dan berprihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi.

2. Pemuliharaan Ketahanan dan Kepelbagaian Alam - memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup.

3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar - memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia.

4. Penggunaan Lestari Sumber-Sumber Asli - menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.

5. Membuat Keputusan Bersepadu - mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor.

6. Peranan Sektor Swasta - Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.

7. Komitmen dan Kebertanggungjawaban - memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan Kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksana aktiviti masing-masing.

8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa - Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.

read more “Polisi Alam Sekitar Negara”
| edit post


Terdapat 8 prinsip di dalam polisi alam sekitar negara yang telah dibentuk pada tahun 2002. Salah satunya ialah, pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam. Prinsip ini boleh dikaitkan dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) iaitu, setiap aktiviti pembangunan memerlukan penyediaan laporan EIA mengenai kesan kepada Alam Sekeliling akibat cadangan aktiviti yang akan dijalankan. Hakikatnya, pembangunan yang dilakukan di Malaysia mengenepikan polisi dan akta ini. Kebanyakan pembangunan yang dilakukan adalah bermotifkan ekonomi dan keuntungan bahkan juga kerana memenuhi tuntutan politik semasa tanpa mengambilkira penilaian awal aktiviti pembangunan terhadap elemen pemuliharaan alam sekitar contohnya sepert EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar).


Antara lain masalah untuk pelaksanaan alam sekitar yang mampan di Malaysia adalah masalah birokrasi. Terdapat pelbagai agensi yang terlibat di dalam menyelesaikan sesuatu masalah berkenaan alam sekitar sehinggakan pelaksanaan untuk memulihkan keadaan daripada masalah yang berlaku menjadi sukar. Sebagai contoh dalam menyelesaikan isu pengurusan sumber air. Menurut Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli serta profesor kejuruteraan alam sekitar, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Zaini Ujang, di dalam isu pengurusan air di bawahnya terdapat pelbagai agensi yang terlibat termasuk kerajaan negeri. Sebagai contoh, kualiti air sungai di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kualiti air minuman di bawah Kementerian Kesihatan, kualiti dari segi penebatan banjir dan pengairan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Keadaan ini menyukarkan pengurusan secara efektif. Beliau berpendapat, pentingnya pengurusan pengurusan lembangan sungai diintegrasikan bagi menguruskan sumber air negara ini dengan lebih berkesan.


Selain itu, pengetahuan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar hanyalah berkisar di kalangan golongan yang terlibat dengan alam sekitar sahaja seperti, pensyarah, pelajar alam sekitar, jabatan atau agensi tertentu sahaja dan lain-lain. Manakala di kalangan masyarakat umum pengetahuan mereka terlalu rendah. Untuk mencapai kemampanan alam sekitar, pendidikan alam sekitar perlu diterapkan lebih awal ke dalam masyarakat. Ini membuka peluang pembentukan masyarakat ( terutamanya pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.

read more “Masalah Pelaksanaan Kemampanan Alam Sekitar Di Malaysia”
| edit post

KONSEP ISLAM dI DALAM PEMBANGUNAN & PERBANDARAN

Posted by ibnu Yusof Saturday, June 7, 2008

Konsep Islam di dalam pengurusan pembangunan dan perbandaran


i) Pembangunan


Pendekatan Islam terhadap usaha membangun dan memanfaatkan sumber-sumber asli dapat disimpulkan dari nasihat Sayyidina Ali bin Abi Talib, Khalifah keempat kepada seorang pengusaha yang telah membangunkan tanah terbiar:

Usahakanlah dengan rasa gembira, asalkan engkau seorang yang membawa kepada kebaikan bukan kejahatan; yang berniat untuk membangunkan ladang bukan untuk mendatangkan kemusnahan”.[1]

Salah satu manifestasi ketidak syukuran manusia kepada Allah S.W.T. ialah pembaziran dan pemborosan yang telah mengakibatkan pemusnahan sumber dan penghasilan bahan buangan yang bertambah-tambah kuantitinya setiap tahun. Hutan tropika yang penuh dengan khazanah yang tidak ternilai diterokai dan dimusnahkan dengan rakusnya melalui eksploitasi yang tidak berteraskan pengurusan lestari.

Habitat untuk hidupan liar juga dimusnahkan bahkan hidupan itu sendiri dibunuh dengan kejam dimana sebahagian daripada badannya akan dijadikan hiasan. Inilah sifat syaitan yang sentiasa tidak bersyukur kepada Tuhannya. Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat engkar akan Tuhannya.[2]

ii) Perbandaran

Dari perspektif sejarah perabadan Islam, unsur keseimbangan antara manusia dan alam sekitar sangat ditekankan. Secara langsung unsur ini telah diaplikasikan di dalam kelompok masyarakat Islam sama ada di perkampungan kecil ataupun di bandar besar.

Aspek perbandaran dan senibina ini sangat diberi perhatian serius kerana ketika ini kebanyakan pusat-pusat bandar merupakan pusat berlakunya masalah alam sekitar. Dalam menghadapi permasalahan alam sekitar ini, ramai tokoh mencadangkan supaya disepadukan antara perancangan senibina dengan aspek langskap. Kemudian keduanya diharmonikan dengan alam sekitar yang semulajadi.

Dalam peradapan Islam, penyepaduan ketiga-tiga unsur ini, iaitu senibina, langskap dan alam sekitar, telah dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan ini masih lagi wujud biarpun hanya tinggal sejarah[3]. Namun inilah hakikat yang menjadi bukti bahawa Islam pernah menempa kejayaan di dalam pembangunan bandar.

Pelaksanaan penyepaduan ini telah membentuk suatu kehidupan yang sangat harmoni, berlatarbelakangkan panorama yang indah, serta penggunaan unsur-unsur alam sekitar secekapnya tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar. Namun, Sains dan kepakaran tentang langskap serta perancangan bandar ini, yang dikuasai umat Islam tidak dibukukan tetapi hanya diperturunkan secara warisan daripada satu generasi ke satu generasi.

Menurut Profesor Nasr lagi, ”Senibina dan perancangan bandar yang dibangunkan di dalam bandar-bandar Islam tidak pernah bertentangan dengan alam semulajadi”. Inilah hasil penggunaan Sains Islam secara praktikalnya yang merangkumi hampir semua disiplin ilmu, seperti Kosmologi, Geografi, Geometri, Hidrologi, Astronomi, Alkimia, teknologi dan seumpamanya.

Perancangan terhadap rumah-rumah, masjid, jalanraya, bazar, pasar dan lain-lainnya (tentang kehidupan sesebuah bandar) telah menggunakan pelbagai faktor yang telah sedia wujud semaksima mungkin. Contohnya, di gurun yang panas, lorong-lorong sempit telah dibina untuk memerangkap udara malam yang sejuk pada waktu siang. Manakala di kawasan yang bersuhu panas eperti di tengah kawasan gurun Kavir di Parsi, menara-menara angin[4] telah digunakan untuk mengalihkan udara ke rumah, aras bawah tanah pula digunakan sebagai tempat perlindungan pada musim panas serta tangki air diletakkan di bawah tanah untuk membekalkan air sejuk. [5]


[1] Athar diriwayatkan oleh Yahya ibnu Adam dalam kitab al-Kharaj
[2] Surah Al-Israk : 27
[3] misalnya : kawasan selatan Motoko, Mazandaran di utara Parsi dan di sepanjang kaki-kaki bikit Aborz serta banjaran Hindu Kush.
[4] Contohnya di pusat-pusat Bandar Parsi, seperti di Yazd, Kashan dan Kerman.
[5] Zaini Ujang. Environmemtalisme dalam Tata Baru Dunia. Kuala Lumpur. Institut Kajian Dasar.1992. hlm. 39-41.

read more “KONSEP ISLAM dI DALAM PEMBANGUNAN & PERBANDARAN”

ISLAM & ALAM SEKITAR

Posted by ibnu Yusof

Peningkatan purata suhu global, perubahan cuaca dan peningkatan aras laut akan menyebabkan perubahan terhadap kehidupan manusia dan mengganggu ekosistem kehidupan hidupan lain. Seperti yang telah sedia maklum, pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Keadaan ini telah mengancam kehidupan beruang kutub.

Pemanasan ini bukan sahaja melibatkan isu pencairan ais di kutub, peningkatan paras air laut, penipisan ozon dan penambahan kesan buruk fenomena Ekuinoks sahaja. Malah isu pemanasan global ini juga meliputi isu tentang berlakunya kekerapan banjir, kemarau panjang, fenomena ribut dan taufan, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau dan sebagainya.Dapat diperhatikan bahawa isu-isu yang berlaku akibat pemanasan global ini, adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Hampir semua adalah berpunca daripada peningkatan pelepasan karbon dioksida yang tinggi tanpa kawalan yang menyeluruh.

Ekologi mempunyai dua ciri penting, iaitu intraksi dan keseimbangan antara semua kehidupan di alam semula jadi ini. Ia meliputi intraksi antara manusia dengan kehidupan lain, haiwan dan tumbuhan, dan alam sekitarnya. Intraksi yang baik antara manusia, haiwan, tumbuhan dan alam sekitar akan menghasilkan suatu keseimbangan yang sempurna kepada ekologi hidupan. Intraksi organ-organ di dalam tubuh manusia yang baik dan seimbang, akan membentuk individu yang sihat. Individu-individu yang sihat akan membentuk keluarga yang sihat serta masyarakat yang sihat. Seterusnya akan beri impak yang baik kepada penjagaan alam sekitar.

Individu yang baik ini adalah hasil daripada hubungan yang baik dengan Penciptanya iaitu, Allah. Allah telah menurunkan Islam sebagai garis panduan kepada manusia untuk mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Islam adalah cara hidup yang paling sesuai kepada manusia yang sempurna untuk diamalkan dan meliputi semua aspek. Manusia yang lari daripada panduan Islam adalah individu yang lari daripada fitrah kehidupan manusia yang sebenarnya.

Dalam menghadapi masalah alam sekitar, Islam sebagai agama yang syumul dan kamil, mempunyai perspektif, kaedah, pendekatan dan penyelesaiannya yang tersendiri. Kaedah Islam menggunakan sains, teknologi dan falsafah Islam sebagai alternatif kepada sains dan teknologi moben Barat. Pendekatannnya pula menekankan aspek harmoni dan keseimbangan terhadap unsur-unsur alam sekitar. Aspek tersebut memberi kesan langsung kepada penghasilan peradaban Islam dalam semua bidang. Di dalam Hadis ke 41, Matan ar-Bai’in, Rasullullah s.a.w bersabda :

“Tidak sempurna iman kamu sehingga adalah hawanya (kemahuannya atau kecenderungannya) mengikut apa yang aku bawa dengan dia”.

Mustafa Abdul Rahman telah mensyarahkan hadis ini, bahawa terlaksananya segala kebaikan yang telah diperintahkan oleh Islam serta terhindarnya segala kejahatan yang dilarang adalah disebabkan mendahulukan iman dari kemahuan hawa nafsu. Sebaliknya dengan mendahulukan nafsu, segala kebaikan tidak akan berlaku kerana hawa nafsu tidak pernah bersetuju dengan perkara yang dikehendaki oleh iman.
Maka, tanggungjawab khalifah sewajibnya mendahului Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan. Agar ini tidak mencabuli hak-hak kewujudan alam sekitar yang telah diciptakan Allah untuk memberi keselesaan dan pelengkap kepada kehidupan manusia.

Oleh itu, manusia tanpa aqidah yang benar akan lebih cenderung untuk melakukan kerosakan pada alam sekitar. Penjagaan terhadap alam sekitar pula adalah merupakan suatu bentuk ibadah yang dituntut oleh Islam. Pelaksanaan pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar juga perlu sejajar dengan syariah Islam agar tidak melampaui batas. Manakala perancangan dan perlaksanaan untuk memulihara alam sekitar adalah suatu bentuk akhlak yang terpuji yang sewajarnya menjadi amalan dan teladan umat Islam yang berpegang kepada ajaran Islam.

read more “ISLAM & ALAM SEKITAR”
Posted by ibnu Yusof


Kepupusan Beruang Kutub [1]

Dua pertiga daripada beruang kutub di di dunia akan dibunuh menjelang tahun 2050 dan populasi haiwan ini dijangka lenyap sama sekali di Alaska akibat penipisan lapisan ais di laut disebabkan oleh ancaman pemanasan global di Artik, kata satu ramalan saintifik yang dikeluarkan di Washington, Amerika Syarikat (AS)।


Hanya di bahagian utara pulau Artik Kanada dan persisiran pantai barat Greenland, terdapat 16,000 ekor beruang kutub yang berjaya hidup sehingga ke penghujung abad ini, kata Kajian Geologi AS (USGS) yang merupakan cawangan saintifik di Jabatan Dalaman।




Projek USGS menjangkakan beruang kutub akan hilang dalam setengah abad akan datang di persisiran pantai Alaska dan Rusia। Ini termasuk 42 peratus kawasan Artik yang diperlukan oleh haiwan ini untuk hidup di sepanjang musim panas di Polar Basin, tempat di mana beruang kutub memburu dan membiak. Jangka hayat seekor haiwan ini adalah 30 tahun.




Perubahan keadaan laut akan menyebabkan dua pertiga daripada populasi haiwan ini di muka bumi akan hilang menjelang abad ke-21. Beruang kutub bergantung kepada ais laut sebagai platform untuk memburu anjing laut, yang merupakan sumber makanan primer. la jarang menangkap anjing laut di darat atau di laut terbuka.

Oleh kerana ramai yang bersikap 'tutup sebelah mata' dalam isu penipisan ais laut di kawasan Artik, para saintis meramalkan jumlah bilangan beruang kutub akan berkurangan lebih besar daripada yang dijangka.Menurut saintis USGS, Steven Amstrup, ketua penulis kajian terbaru ini, sememangnya ada kaitan antara air laut dengan beruang kutub। Apabila ais laut menjadi semakin cair, begitu juga nasib yang menanti beruang kutub.




Pada minggu lepas, kadar ais laut mencair telah menjunam kepada 4।75 juta batu persegi atau 250,000 batu persegi di bawah rekod terdahulu iaitu 5.05 juta batu persegi pada September 2005, menurut Pusat Kebangsaan Salji dan Data Ais.




Saintis tidak percaya kandungan karbon dioksida yang tinggi dan pelepasan gas dari industri wajar dipersalahkan sepenuhnya ke­rana pertambahan cuaca panas di atmosfera seperti rumah hijau boleh diterbalikkan untuk membantu beruang kutub। Beruang kutub telah berjalan di planet ini sekurang-kurangnya 40,000 tahun lalu.




Mark Myers, Pengarah USGS menyatakan bahawa, “walaupun kemungkinan gas rumah hijau dapat dikurangkan, kita masih akan merasai jumlah tenaga yang sama di sistem kita untuk 20, 30 atau 40 tahun akan datang।




Greenland dan Norway mempunyai popu­lasi beruang kutub yang terbanyak dan satu perempat daripadanya lagi tinggal di Alaska dan menjelajah ke Kanada dan Rusia। Kajian saintis dari AS Dan Kanada adalah berdasarkan kepada penyelidikan selama enam bulan. Keadaan kesihatan tiga kumpulan be­ruang kutub diuji dengan pergantungan me-reka kepada laut Artik menggunakan model tradisional dan baru.




Sebuah lagi organisasi lain, Kesatuan Pe-muliharaan dunia yang terletak di Gland, Switzerland, menjangkakan populasi beruang kutub di Artik adalah dalam lingkungan 20,000 hingga 25,000। Risiko yang diketengahkan ialah ais laut yang semakin cair, pencemaran, pemburuan, pembangunan dan juga pelancongan.




Kassie Siegel dari Pusat Kepelbagaian Biologi yang bertapak di Arizona, mengatakan bahawa berita penurunan bilangan beruang kutub dan ais laut ini, cukup menakutkan tetapi ia membangkitkan semangat untuk bertindak dan bukannya berputus asa। Berita baiknya ialah masih ada masa untuk menyelamatkan spesies ini।Nasib beruang kutub telah mencapai tahap yang meruncing apabila pegawai dari Jabatan Ikan dan Hidupan Liar menerima 600,000 aduan daripada orang awam।




[1] Petikan daripada ruangan, Infiniti Alam Inovasi , Abad Ke-21 Tanpa Beruang Kutub oleh Subashini Rajandran, Akhbar Kosmo! , Khamis 13 september 2007.

read more “ ”
| edit post
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda FazaniDistributed by CahayaBiru.com

About Me

My Photo
ibnu Yusof
Mohd Yusri Hafiz Yusof Master Sains Islam dan Alam Sekitar Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
View my complete profile

Twitter